Pasti tiba masa dan ketika untuk aku meneruskan sebuah kehidupan yang memerlukan pilihan hidup.Pertamanya pilihan pekerjaan dan yang kedua pilihan memanipulasi kehidupan selepas pekerjaan.
Konflik ini kau akan hadapi apabila selepas tamat pengajian, sama ada kau nak bekerja tetap ataupun kau nak sambung pengajian keperingkat yang lebih tinggi. Aku rasa dalam konflik macam ni kau perlu bijak menyusun strategi agar kau dapat hidup bukan sekadar cukup makan.
Untuk lebih senang untuk mengatasi konflik sebegini kau mesti haluan masa hadapan dengan baik dan kurang berisiko contohnya kau nak kerja kerajaan.
Jika benda yang kau suka buat ialah pakai seluar dalam terbalik, mungkin kau perlu tolak tepi kesukaan itu. Benda yang kesukaan disini ialah sesuatu yang boleh dijadikan karier. Sebagai contoh kesukaan kau ialah berbasikal, kau mahukan karier kau sebagai tukang bawa basikal profesional.
Tapi risikonya besar. Bukan?
Aku sekarang tersekat diantara dua benda iaitu mahu meneruskan pekerjaan sekarang ataupun cari pekerjaan yang bukan dalam bidang pengajian aku.
Sekarang aku technician kilang.Gaji ciput tapi kalau kerja dalam jangka masa yang lama kau akan dapat manfaat seperti mana kau kerja kerajaan contohnya kau akan dapat duit saguhati seperti mana pesara kerajaan dapat mengikut jangka masa pekerjaan yang telah kau laksanakan.Tapi biasalah kerja kilang,teknologi berkembang tapi otak tak berkembang asyik mengadap benda yang sama setiap hari.
Tidak dinafikan kerja yang aku ada sekarang macam susah nak bawa aku ketahap lebih sederhana. Tapi bukan atas dasar gaji, mahupun tanggungjawab. Aku hanya mencari pekerjaan yang lebih senang dapat duit. Contohnya aku mahu jadi pengajar.Senang dapat duit dah senang juga untuk bahagi masa dengan dunia luar.
Paling comel dihatiku.