Jumaat, 31 Disember 2010

antara hajat dan keinginan



Esok dah mula dah tahun 2011 baru. Sumpah malas nak keluar sambut-sambut new year.Malas gila babi. Mungkin aku akan rajin balik bila dah ada kerja atau ada seseorang yang buat aku semangat nak kerja. Kat rumah aku ada internet yang laju, ada tv, ada dapur, dan ada bilik yang aku boleh tinggal sorang. Masuk ja bilik dan ada semua dan bilik kemas. Gila best. Sebab ni la aku malas nak keluar nak pergi cari kerja.Malas gila babi.

Tahun baru ni perlu siapkan duit meminang untuk Nurul Siti Amirah. Aku takut gila tak sempat buat. Kalau tak sempat kena extend tahun 2012.

Seperti biasa, setiap kali masuk tahun baru aku akan tulis perkara-perkara yang aku nak beli dan buat,mengikut priority :

1. Apple mac (sendiri punya)
2. Kereta Kancil/Kelisa/Myvi/Swift/BMW M3?haha
3. Berjalan di Bali bersama rakan-rakan
4. Iphone 4g
5. Berjalan di sebuah pulau bersama rakan-rakan dan nurul siti amirah.
6. Nak simpan rambut panjang macam Bae Yong Joon dalam winter sonata.



Aku harap tahun baru ni lebih mudah,dimurahkan rezeki,lebih bahagia, dan menjadi lebih hebat dalam apa sahaja yang aku buat.

Masa aku tulis entri ni kat tv2 tengah ada siaran langsung dari Dataran Merdeka.Konon-konon nak countdown la.Caihh!~~

Selasa, 14 Disember 2010

kasi kerja rare satu

Petang tadi aku setting niat nak keluar cari kerja.Aku masuk dalam Bandaraya aku nak cari kedai-kedai yang boleh buat aku bayar downpayment Toyota Vios bulan 3 tahun 2011 ni. Tapi satu pun aku tak berkenan semuanya.

Aku pusing lagi satu round kali ni aku masuk Jalan Pegawai,tip-top tip tip-top juga kedai-kedai situ tapi memandangkan cara pakaian aku yang selekeh tadi aku segan nak masuk.Nanti takut orang cakap minta kerja tapi pakai macam minta sedekah.

Ok,aku teruskan lagi perjalanan aku cari kerja,sampai satu trafic light ni aku tengok dua ekor anjing.Memang dasat anjing betul,petang-petang orang lalu lalang nak cari kerja boleh plak depa berzina.Aku tergelak kuat atas motor 3 lejang aku.HAHA bongok punya anjing.


Esok aku mau pergi hantar resume kat satu tempat ni.Harap-harap dimurahkan rezeki.

Memandangkan esok mau bangun awal so aku mau tidur.

Lepas saja aku click publish post aku akan tutup laptop.

Ni aku dah ready nak tekan ni.

Assalamualaikum.

Jumaat, 10 Disember 2010

awak penting la

Awak hot saya tak hot pun. Tapi tak mengapa semua itu akan jadi hot kalau kita bercinta,dengan harapan hotnya sampai ke syurga.

Awak tak garang dan awak tak emosi,saya garang dan emosi.Bila kita bersama awak cakap saya beruang awak.Saya cakap awak macam burung murai.

Tapi saya tak pernah jemu dengar suara awak.

Saya keras macam batu awak lembut macam span.Saya berangin macam taufan awak cool macam ombak cicit tsunami,nampak tenang dan tegas.

Kalau saya kentot dalam kereta mesti awak buka cermin untuk hilangkan bau sambil muka awak tersenyum riang ibarat kentot itu satu melodi indah.

Saya makan banyak awak makan sikit.Bila awak makan tak habis awak cakap awak akan cuba habiskan demi saya.

Awak cakap awak nak jadi isteri yang solehah saya suka sangat awak cakap macam tu.
Tapi saya tak pula cakap macam tu kat awak

Sekarang saya nak awak tahu dan semua orang mesti tahu

Saya sangat sayangkan awak
Biar la kawan-kawan saya nak cakap apa pasal kita
yang penting saya mencintai awak.


mak aku cakap jangan pukul perempuan

Maaflah kalau dah semua entri beberapa belakangan ni semua berkaitan emosi, biasalah orang tengah marah memang macam tu. Tapi sekurang-kurangnya takda lah aku memaki hamun dalam blog dan menulis siap dengan tanda seru banyak kali sebagai contoh :

JAGA KEJANTANAN HANG ELOK-ELOK!!!!BABI NAHARAM BAPOK TU TUNJUK BONTOT KECIL DIA!!!

Itu contoh saja ok?

Yang menjadi lelaki berani ialah egonya, bukan sebab lelaki itu berani, tapi disebabkan egonya. Egonya untuk nampak berani menjadikannya berani. Jadi kita boleh nampak betapa lelaki ini bersifat luaran, egonya untuk menunjukkan perkara yang diluar.


Ego perempuan lebih bersifat dalaman, jadi sebagai contoh, bila bergaduh 2 orang perempuan, egonya yang dalaman itu akan lebih menjarakkan hubungan dan lebih tak bercakap. Tapi kalau luaran seperti sifat takut, mereka sangat rendah egonya.

Sebab itu lelaki kalau bergaduh, sekejap dan kemudian berkawan bai

Dan sebab itu lelaki ja yang pujuk perempuan

Iman lelaki lebih utuh dari iman perempuan sebab ego perempuan banyak dasyat

Khamis, 18 November 2010

kemarahan berbangkit

Entri berunsur kemarahan harap dapat menahan sabar kerana anda akan berjumpa dengan penggunaan bahasa yang kurang ajar.

untuk permulaan ambik kau



bodoh dan banggang buat kau yang berani kacau NSA.
aku harap kau akan mati dilanggar lori 18 tayar, kenapa kau masih hidup sampai hari ni.
aku dan kau dah tiada apa-apa.

Aku betul-betul sayangkan NURUL SITI AMIRAH aku betul-betul cintakan NURUL SITI AMIRAH.

aku benci kau bodoh. sila berambus. destinasi aku sekarang hanya NURUL SITI AMIRAH.

harap mak bapak kau nasihatkan kau semoga tak gila kerbau lahanat

kebodohan kau tak boleh diukur lagi. Tahukah kau cara yang paling terbaik untuk menyelesaikan semua ini ialah BERAMBUS JAUH-JAUH dari menggangu NSA.

Sebenarnya kau mencabar orang lain,kau berhati busuk,dengki dengan apa yang orang lain ada dan kau tidak dapat ubah apa yang orang lain ada selain menabur kata-kata dengan mulut busuk kau. Aku benci orang yang dengki mendengki. Harap ini adalah pesanan terakhir sebelum kau mati lidah terjelir macam babi.

dan seterusnya kau lihat diri kau yang dibangga-bangga kan sekeliling. Hidup tak ada kawan,cita-cita kau besar tapi sayangnya kau tak dapat ubah perangai busuk kau. tak kan nak listkan perangai busuk kau tu. Orang sekeliling pun keji melihat kau.

yang rapat dengan kau baik tapi kau banyak ubah hidup dia jadi jahat dan kurang ajar macam kau.tak bagus betul kau ni.

FUCK UNTUK PEREMPUAN GILA BABI

Sabtu, 13 November 2010

ini entri terbabi dan berkias

Entri ini ialah paling bangsat ialah ia cuma berkaitan apa yang aku rasa sahaja, yang mana aku tau kamu akan begitu bosan untuk membaca lalu tidak memberikan sebarang carutan balas.

Aku juga perasan belakangan ini komen di blog ini makin berkurangan, aku faham sebab kamu semua dah bosan bila aku tulis-tulis perkara macam ni. Aku sendiri pon bosan jugak sebenarnya. Tapi pengakhirannya ini ialah blog aku yang mana aku akan tulis segalanya supaya aku boleh baca kelak.

Jadi, maaf.

Aku sebenarnya agak terasa kecewa bila ada orang cakap bila dia kenal aku tapi dia lebih suka dengan awek aku berbeza betul dengan apa yang aku sangka. Aku ingat dia baik dengan awek aku. Tapi dia ambik kesempatan. Mungkin cara aku tulis ini berbeza dengan keadaan dia. Tapi aku rasa benda bodoh ini dah lama dah berlaku.

Aku cuma rasa, sebab orang macam aku memang kuat cemburu.beware you

Begini,

Sebenarnya kau cuma terfikir pasal orang tersebut, tidak kiralah benda yang kau fikir itu benda yang gembira-gembira, atau benda yang menyakitkan hati. Akhirnya kau cuma fikir pasal orang tersebut.

Khamis, 11 November 2010

just for you

To : Nurul Siti Amirah

Photobucket


From: Your CintaHati
Mohamad Zulhairi

Percutian raksasa

Sebenarnya aku tak tau apa kena mengena tajuk Percutian Raksasa dalam hidup aku.

Tapi dengar macam best,aku letak saja lah.

Aku dah mula bercuti dan aku rasa cuti ini yang paling tenang sebabnya aku rasa macam lulus cemerlang semua subject ja semester ini.InsyaAllah.

Barang-barang dari rumah sewa belum diangkut.

Keadaan aku sekarang ini ialah

Sangat-sangat tidak dapat duduk diam sebab duit tak ada. Tak kan nak goyang kaki. Pakcik Awang yang tinggal sebelah rumah aku tu yang kaki patah tu pun tetap nak kerja even kaki dia teruk macam tu.

Dan aku sebenarnya merancang holiday.So,makanya aku harus,mesti,wajib bekerja keras bagi menyelamatkan aktiviti yang telah dirancang masa study hari tu.


Doa kan aku temui kerja yang sesuai dan kawen dengan dara jelita pujaan hati kanda.HAHA.Ini sebab terpengaruh tengok kawan-kawan kahwin muda.

Terima kasih kerana berdoa.

Isnin, 8 November 2010

Tanya Sama Hati

1. Aku suka sangat lagu ni dulu-dulu.masa nak p mengaji al-quran tiap-tiap petang selalu aku nyanyi lagu ni.
2. Lirik comel suara sedap.
3. First time aku hayati lirik ini betoi-betoi.
4. P Ramlee memang power



TANYA SAMA POKOK
Penyanyi: P. Ramlee
Filem: Anakku Sazali

Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Nanti jawab angin tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Apakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya, Mula tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andai jemu mengganti rindu,
Jambangan rindu tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Ahad, 31 Oktober 2010

Aku dah tidak ada masa untuk semua ini.

Rasa macam singkat sangat dunia ni bila esok aku dah nak mula nak jawab peperiksaan. Hari ni hujan lebat, orang lain feel ulang kaji, aku pula rasa feel tulis belog banyak-banyak entry Ok aku tak faham kalau tak ada contoh.

Ini contohnya, kau penah rasa tak kalau pasukan bola kau main untuk final, bila pasukan kau dah leading kau mesti nak masa cepat-cepat jalan sebab kau nak terus lari jadi penyokong yang paling ganas sebab dah sorak dan dah bayar duit tiket kat pencekik darah. Dalam masa yang sama penyokong pasukan lawan kau mesti nak masa tu jadi saat-saat yang paling perlahan dalam dunia. Harapan tu tinggi. Macam aku, sekarang aku tengah gelabah gila babi.

Hari ni aku balik rumah sewa.malasnya. soalan sekolah dah ulangkaji tapi rasa macam tak cukup.

Kau pernah tak rasa "kalaulah'?

kiranya, kalaulah aku datang awal sikit, kalaulah aku boleh tahan lama sikit, kalaulah aku cakap begini atau begitu.

Sebab kadang-kadang, kesilapan sikit sahaja, cuma tersilap sebab tak datang awal, semua perkara sudah jadi lain. Kadang-kadang silap yang kalaulah itu sehingga bertahun-tahun lamanya.

kan?

Tapi orang cakap, sebut kalaulah tu tak baik. Macam orang yang tak boleh terima hakikat. Tak nak fikir sebelum buat. Tak baik. jangan sebut.

Semoga yang terbaik untuk aku, untuk kau, dan untuk semua orang yang berdekatan aku.

Pretending

1. 'fake' atau berpura-pura adalah sangat penting. Cuba belajar cara berpura-pura paling berkesan. Sangat tipu kalau ada orang boleh hidup atas dunia ini dengan menjadi berterus-terang. Yang mana dulu aku seorang yang berterus-terang. Sangat-sangat.

Dan aku faham, aku perlu fake untuk mengelakkan banyak pertelingkahan. Dan kemudian elakkan terus orang yang tak disukai.

2. Kalau kita terlampau sangat benci orang, terutamanya terhadap perangai mereka, pasti ada satu masa nanti perangai tu akan jadi kat kau pulak. seriously, aku pon tak tau apa sebab. Masa tu baru kau akan sedar akhirnya kau sama juga. dan betapa penting untuk kau menerima orang lain.

Kali ini pesan sedikit untuk aku dan kau mengekalkan keharmonian.

Ahad, 24 Oktober 2010

Setia lah wahai pencinta.

Boleh tukar tajuk sendiri kalau kurang selesa.

Sebenarnya aku rasa aku sangat tak baik dengan mana-mana gadis. Aku rasa ini disebabkan aku boleh berfikir secara baik dengan kesetiaan yang terletak dihati.Bila aku setia pada seseorang itu,aku rasa sangat menghargai dia. Orang cakap kalau setia sangat boleh memakan diri. Kalau nak jelaskan secara mendalam dan lebih spesifik pasal kesetiaan aku kat gadis luar biasa yang meragut hati aku ni. Rasa-rasa boleh buat juling mata kau bila kau baca.

Aku rasa ramai orang macam aku.Tapi ada juga manusia yang bukan macam aku. Pokok nya kau tahu apa yang kau buat, fikiran kau mesti gunakan akal bukan gunakan hati bila rasa dimainkan.

Okay, kembali kepada topik yang paling sebenar-benar untuk entry kali ini. Even jauh mana sekalipun cinta hati berada pasti,mesti,sanggup, aku naik bas pergi berjumpa. (naik bas sanggup lah kau mr amad)

Secara jujurnya aku rasa macam dah kawen bila keluar berdua dengan dia.

Melayu kalau suka baca hanya beberapa kerat saja. Tapi bab tengok gambar tak suruh pun nak tengok juga. Walaupun macam tu,aku rasa aku pun serupa saja.HAHA




1. Sedang tak buat apa-apa.




2. Rupa yang macam gay ni kat fudkod JJ





3. Tadi tak buat apa-apa tapi cinta tetap sama





4. NSA sangat-sangat comel ini time.





5. Dataran M.B.I (bukan DATARAN MAT BIN ISA)





6. Favorite

Isnin, 18 Oktober 2010

ABAH

Benda yang aku perasan ialah, seorang abah akan cuba untuk meluangkan masa dengan anaknya. Terutamanya anak lelaki. Terutamanya yang jarang dijumpai macam aku. Masa kecik mungkin bolehlah main bola sama-sama, main badminton sama-sama, buat senapang kayu sama-sama lepas tu tembak jiran-jiran tengah menyembang depan rumah.

Sekarang dah besar takkan nak buat benda yang sama jugak. Konfirm abah aku bagi penyepak satu kali.

Jadi seorang anak ini yang masih muda ini akan berjiwa memberontak. Pada masa ini dia rasa rakan-rakannya dan internet lebih dari keluarga, kehadiran blog dan deretan status untuk dikutuk di facebook yang membencikan itu menjadi penyebab hubungan kekeluargaan antara seorang bapak dan anak itu berkurangan. Bapak tengok tv sorang-sorang, anak duduk bilik sorang-sorang. Tak baguslah kan?(tapi bapak tengok hindustan anak nak tengok bola)

Jadi aku perasan seorang bapak akan sehabis baik menggunakan masa yang ada. Benda yang mudah-mudah menjadi sukar. Contohnya tentang televisyen. Contoh ja.

Seorang bapak akan tanya pasal televisyen tu, sama ada televisyen itu boleh dibuka atau tidak, cerita apa dekat tv, astro sekarang bodoh, plasma TV sebenarnya tak bagus.Bola malam ini ada LIVE tak.Macam-macam lah.

Kau kena faham, yang dia cuma ingin meluangkan masa, mungkin kau rasa "apa soalan ni?". Tapi percaya lah yang dia cuma ingin meluangkan masa. Sebab dah tau nak tanya apa. Cuma ingin komunikasi.

Pergi mamposlah hari ini hari raya ka, deepavali ka, thaipusam ka, krismas ka, good friday ka,

Aku cuma ingin minta maaf kat bapak aku kerana kurang meluangkan masa berkualiti. Senang-senang nanti kita lawan futsal.Snooker pun boleh sebab abah dulu-dulu kan juara.Piala abah masih ada dalam kotak.

Ahad, 5 September 2010

Masalah Komunikasi

Salam

1.Manusia merupakan makluk yang paling sosial,sosial adalah bermasyarakat atau bergaul sesama manusia.Dalam bermasyarakat pula kita perlu mewujudkan komunikasi antara tua muda miskin dan juga kaya.Aspek yang ingin disentuh adalah cara perlakuan serta perhubungan.

2.Aku berbuka puasa dengan NSA dan rakan-rakan nya.Aku tengok satu masalah komunikasi yang teruk.Memalukan bila kaum perempuan bergaduh sesama mereka depan khalayak umum.Pasti nya lelaki perlu mengadili kejadian seperti itu.Tapi anggapan aku salah tak kena langsung!Bila lelaki-lelaki atau ahli-ahli keluarga melihat kejadian aneh depan mata aku sendiri.


3.Bila satu komunikasi yang diterapkan orang melayu gagal.Makanya kata-kata sindiran terkeluar dari mulut.

4.Sepatutnya bangsa melayu sebagai contoh yang terkenal dengan tatacara adat resam yang menampakkan melayu itu sopan,lembut,beradab dan lain-lain mesti menghormati komunikasi sesama melayu.


5.Pasti pernah diantara kita mendapati rakan atau saudara mara tiba-tiba seperti menjauhkan diri ataupun kita sendiri menjauhi seseorang itu.Fenomena ini dinamakan sebagai masalah komunikasi.Kalau bukan kita mencorakkan komunikasi sejagat.Siapa lagi?

Sabtu, 28 Ogos 2010

Adinda,Kekanda support bini



Ini bukan kisah hidup aku.


  1. Aku suka sangat lagu ni.
  2. Lirik yang sedap,perkataan yang jarang-jarang didengar untuk sebuah lagu.
  3. Muzik yang rancak.
  4. Artis aku tak berkenan tapi suara mantop.
  5. Cerita yang comel dalam lagu ni.
  6. Aku lagi suka kalau NSA panggil aku.Oh adiwira dewataku.HAHA.

Khamis, 26 Ogos 2010

apa yang kau nak semua dapat



Sehubungan dengan perkara diatas.Sebagai pemilik blog ini dengan jujurnya berkata 'apa yang kau nak semua dapat' ini adalah kerana apa yang saya 'aim' selalu saya kejar,kejar dan ligan sampai saya dapat walaupun sesetengah kawan kata saya ni belagak atau apa-apa saja,saya hanya pedulikan saja.

Bila aku dah 'aim' sesuatu yang aku nak,aku akan berusaha.Bukan aku cakap aku nak itu semua aku dapat.Aku dah pernah rasa give up.Selepas give up aku nampak,rasa,tahu tahap aku yang sebenarnya.Baru lah aku mulakan balik dengan semangat nak melepaskan tahap aku yang selalu give up.

Mungkin nanti aku dah capai akhir baligh aku 'aim' untuk kahwin.Tak kan bila aku nak kahwin mak aku yang tolong aku shake hand dengan tok kadi kot.Mesti lah aku yang sendiri nak shake hand dengan tok kadi,tapi sebelum-sebelum semua tu.Aku mesti lah kena berusaha nak kahwin.Bukan aku petik jari terus dah jadi laki orang.

Aku rasa kau sendiri yang bertanggungjawab untuk ubah haluan hidup.Jadi,kenapa kau masih cakap saja pasal orang lain.

Ahad, 22 Ogos 2010

Mungkin puasa yang tercepat.


1.Hari raya beberapa hari lagi.Asyik berbizi dengan bahasa-bahasa mekanikal sahaja.Aku tak sempat nak pi layan cerita-cerita puasa dekat blog-blog ampa.Fuh berkurun,besawang,bertapa.apa lagi apa lagi.Lama sangat dah tak hapdet blog ni.Asyik-asyik facebook saja.

2.Hari tu keluar dengan Aswad.Masa dia tengah control muka mengurat awek yang gila babis buat cantik.Tetiba dia cakap,penah nampak perempuan pakai baju kebaya mai pekan tak?Masa tengah-tengah mengingati apa yang Aswad tanya aku terpikir satu patah ayat iaitu Urban.Mana ada baju kebaya urban.Manusia sekarang tak bersanggul tak perlu nak kurus-kurus pinggang dah.Kalau nampak isi-isi kat perut kan lagi Vouge.Buduh.

3.Sekarang bulan puasa,Mak aku tengah menguruskan badan tapi hari tu timbang berat.Badan dia naik 1kg.Mungkin penimbang itu rosak kata aku.

4.Sadis kalau aku beraya kat kampung.Satu sebabnya,tak dapat keluar dengan kawan-kawan perabis almont london rumah depa.


Aku nak raya tahun ni aku jadi URBAN dan ROCK

Khamis, 1 Julai 2010

tiada tajuk

harap ini bukan pesan terakhir, mungkin sebab belakangan ini agak gembira rasa di hati. Sebab apa? banyak sebab, terlampau banyak yang mungkin tak payah tulis kat sini.

1. 'fake' atau berpura-pura adalah sangat penting. Cuba belajar cara berpura-pura paling berkesan. Sangat tipu kalau ada orang boleh hidup atas dunia ini dengan menjadi berterus-terang. Yang mana dulu aku seorang yang berterus-terang. Sangat.

Dan aku faham, aku perlu fake untuk mengelakkan banyak pertelingkahan. Dan kemudian elakkan terus orang yang tak disukai.

2. Kalau kita terlampau sangat benci orang, terutamanya terhadap perangai mereka, pasti ada satu masa nanti perangai tu akan jadi kat kau pulak. seriously, aku pon tak tau apasal. Masa tu baru kau akan sedar akhirnya kau sama ja. dan betapa penting untuk kau menerima orang lain.

Selasa, 22 Jun 2010

Hari ini bukan hari esok

Hari ini adalah hari kepulangan aku pulang ke POLI. mungkin tamatlah masa permainan aku yang berjulatkan sehari sekali untuk berfacebook dan berblogwalking semasa cuti.

Sejujurnya aku awal-awal percutian dulu memang tak sabar-sabar nak masuk POLI balik. Sebab bosan duduk rumah sorang-sorang mungkin? Selepas mereka bercuti baru la rakan-rakan aku ada untuk menghilangkan kebosanan aku jika sorang-sorang di rumah, jadi aku sudah tidak mahu balik POLI lagi.

dan aku rindu dengan akmal..(menguatkan semangat untuk pulang ke POLI)

pastinya sem baru ini memerlukan aku untuk berazam. jadi ini azam baru aku:

1. mahu sembahyang full. ini adalah azam dari dulu. tapi mesti tinggal sikit-sikit punya. kali ini akan cuba lagi.

2.mahu kurang tackle gadis dan mengacau gadis. ini adalah pertama kali aku berazam begini. tanpa sebab yang munasabah. aku hanya ingin cuba.

3.mahu bertanya banyak dan memberi pendapat dalam kelas. aku membuat kesimpulan jika banyak bertanya, memberi pendapat dalam kelas, jumpa lecturer di bilik. akan menaikkan gred kamu dalam sesuatu subjek. jadi aku ingin buat.

4.berjalan kaki. aku akan cuba berjalan kaki ke kelas. tapi untuk kelas pagi sahaja. supaya fikiran dapat digerakkan dan peralihan darah lebih lancar. tapi jika sempat sahaja. jika tak sempat. terima kasih sahaja. .

5. lebih kerap menelefon rakan-rakan sekelas dan bila aku sudah masuk belajar. aku paling lupa untuk call semua orang. jadi aku akan cuba untuk lebih kerap menelefon mereka. jika ada aktiviti hujung minggu bersama keluarga. aku akan cuba luangkan masa sebaik mungkin. nekad.

6. berusaha. aku seorang yang berusaha. kali ini aku akan lebih berusaha dari yang sebelumnya.dalam apa perkara sekalipun.

jika aku berjaya berubah walau untuk 3 peratus sahaja. aku percaya aku tetap memperbaiki diri aku daripada tidak memperbaiki lansung.

salam,

Selasa, 15 Jun 2010

Sesak Dengan Arus Kemajuan

1.Tahukah kau semua.Sekarang populasi kenderaan terlampau melampau-lampau.Kenderaan jenis haiwan,jenis pahlawan,jenis nama orang.Semuanya semakin banyak.Hari tu aku dari kampung nak menuju balik ke Kedah.Aku nampak sangat banyak kenderaan menuju ke Kuala Lumpur.Kenapa lorong di highway hanya ada dua mula-mula difikirkan aku?Semasa aku drive aku toleh kiri kanan depan belakang semuanya kenderaan

2. Kuala Lumpur bandar yang kecil,dengan populasi kereta yang banyak.Penduduk terutama dari daerah Petaling yang kebanyakannya semua berkenderaan sendiri dan mempunyai pendapatan tertinggi di Selangor mensesakkan jalan masuk ke Kuala Lumpur.

3. Jalan-jalan di Selangor sesak bagi aku kerana terlampau banyak pembangunan tepi-tepi jalan yang mengakibatkan banyak simpang masuk ke jalan-jalan utama.Ini menyebabkan konflik antara kenderaan,dan akhirnya jalan jadi sesak.

4. Jalan akhirnya membawa kepada pembangunan,jadi nak buat macam mana?memang sesaklah.

5. Konflik antara guna tanah seperti kedudukan kawasan yang ramai orang duduk seperti Kajang, dan kawasan berkepadatan tinggi seperti bandar sri permaisuri ini, perlu melalui lebuhraya yang sama untuk ke Kota Kuala Lumpur.Tidakkah terfikir bahawa itu menyesakkan?

6. Jadi apa cara lagi?Akhirnya kerana Kuala Lumpur ini kecil, yang mana pembangunan perlu dekat-dekat.Kalau jauh-jauh mungkin tak sesak.

7. Maaf jika apa aku cakap tak betul.

8. Isu maaf akhirnya membawa kepada perkara lain.

9. Tahukah kamu bahawa antara punca kemalangan disebabkan dari emosi kamu yang sering berfikiran tidak waras.Contohnya kawan kentot dalam kenderaan kau.Kau marah tak pandang kenderaan lain.

Isnin, 14 Jun 2010

Sedikit saja pasal Suasana



meriah dak?

Aku siapa Kau siapa?

Assalamualaikum.Rasa macam 1st time aku bagi salam masa tulis entri.haha.Tak mengapa aku cuba menjadi seorang yang budiman selepas ini.Panas line sebab ada orang cakap aku pemalas tulis blog.


Tajuk macam gempak.Tapi aku saja nak menarik ramai pembaca untuk membaca dengan lebih khusyuk.Terutamanya orang yang cakap aku pemalas.Sebenarnya aku kekurangan idea la.Lagi pun aku bercuti.Mana la aku sempat tulis panjang.Aku lebih suka keluar dengan kawan-kawan.Masa study nanti aku tak sempat dah nak keluar dengan kawan-kawan.

Baru aku perasan kenapa ramai orang suka dengan Kehidupan dikota.Aku budak kampung,aku tak harap sangat ramai orang kerja dikampung.Tapi berbincangkan hal-hal ini dengan sepupu aku,masa aku balik kampung hari tu.Aku tertanya-tanya kenapa orang sekeliling dikampung suka sangat bantu membantu.Kenapa di kota tak ada pun macam ni.Orang dikampung pemikiran tak seluas orang di bandar.

Tak jadi masalah kepada aku,kalau orang di bandar tak ada budaya bantu membantu.Tapi sekurang-kurangnya ambil tahu sikap orang-orang disekeliling pun dah memadai sebabnya orang di bandar sangat-sangat aktif mencari duit untuk orang di kampung.

Kalau aku tak asal dari kampung?aku asal dari mana?Kenapa aku makan guna tangan.Tak makan guna sudu hari-hari.Kenapa rumah aku tak macam rumah kat New york sana.Kenapa aku kecik-kecik main tuju kasut,tak macam orang putih kecik-kecik dah main sofball dah pandai naik roler coster.Akhirnya aku baru tau,aku orang kampung.Pemikiran tak hebat,tapi aku cuba bersaing.

Ada faktor yang aku tak boleh terima kenapa orang di bandar tak nak bawa anak-anak yang asal dari bandar pulang ke kampung mak bapak mereka.Contohnya,"tak nak balik kampung la daddy sebab kat sana banyak nyamuk.Bapak kau tak bodoh la,bapak kau sayang kau dia bawa RIDSECT 3,4 tong untuk kau sorang.

Kadang-kadang aku cakap lemah lembut.Kadang-kadang aku cakap kasar.Tak ada sopan.Aku ini orang mana?haha

Khamis, 27 Mei 2010

Kemarahan Berbangkit

Rasa macam dah lama tak tulis blog aku rasa.Bukan tak nak tulis tapi biasa la dah nama pun student agak sibuk sikit la pasal final exam hari tu.Kebelakangan ni aku rasa aku asyik marah.Marah pada diri sendiri,marah pada kawan.Nak taip blog ni pun tengah marah.FUCK.Sebab server slow macam bullshit.Nak tunggu punya la lama.

Semalam aku keluar pergi jalan-jalan dengan mak aku.Tetiba aku nak naik belon.Tapi tiket dah habes.Sudahlah bercerita macam budak perempuan plak aku ni.

Kawal kemarahan kau dengan beberapa tips dari aku:

1.Jika kau merasa marah.Cuba kau tahan reaksi kau dengan mengira bilangan orang disitu.Ataupun kau boleh mengira dari 1-50 atau baca ABC-Z.Sekurang-kurangnya kau dah mengalihkan perasaan kau yang tengah marah.

2.Bagi yang perut besar tu kau boleh ambik nafas dalam-dalam sehingga ke perut then kau lepaskan dari bontot kau.Ia boleh menghilangkan marah sebab kau akan tergelak sendiri bila dengar kentot kau.HAHA.

3.Jika kau berada di dalam situasi yang marah di sesuatu tempat.Lebih baik la kau blah cepat-cepat.Beredar ja dari situ.Marah kau akan hilang kalau tengok sekeliling yang lain.

4.Cari satu tempat untuk kau menangis,menjerit sekuat hati,hentak kaki,gelak, dan macam-macam lagi bila kau marah.Boleh hilang tekanan gak itu pun.

5.Selain itu,kau makan la minum la banyak-banyak.sebabnya bila kenyang mesti keadaan kau kembali ok dan mood kau bercinta kembali pulang.Gendang perut tali kecapi kenyang perut suka hati.


Aku yakin ramai yang tak tahu.Burung Hantu boleh mampu hidup sehingga 70 tahun.Pecaya tak?

Isnin, 17 Mei 2010

sedikit motivasi

Assalamualaikum.


Apa itu cemburu?Kenapa cemburu?baik buruk cemburu.


Dari segi apa yang aku lihat disekeliling.Cemburu ialah satu perasaan risau yang datang dengan sengaja apabila orang yang kita sayang sering memuji-muji orang lain atau membuatkan diri kau rasa tergugat.

Sebab cemburu
  • perasaan terlalu sayang
  • rasa rendah diri
  • tidak boleh melihat orang lain berjaya
  • rasa tidak hebat dan lain-lain sebab
Cara mengatasi cemburu

  • tingkatkan kehebatan diri
  • pamerkan kasih sayang
  • doa banyak-banyak
  • macam-macam hal lagi lah.haha.

Mengikut apa yang aku kaji selama 23 jam 43 minit ini.Perasaan cemburu ialah satu perasaan yang positif (+).Tetapi jangan sesekali sampainya tahap over.Sebab perasaan cemburu boleh menjadi Negatif (-)


Dengan siapa yang kau nak cemburu ni?

1.Dengan kawan kau.
Bila kau lihat kawan-kawan kau ada basikal baru kau pun ketuk kepala mak bapak kau pun letak pisau dileher mak bapak kau suruh beli basikal baru.Selain itu,bila kawan karib kau ada kawan baru.Sepatutnya kau pedulikan.Malahan kau puji-puji kawan yang ada basikal baru itu.Moga-moga dia kasi kau naik basikal bersama-sama.So bila kau naik bersama-sama hilang la cemburu itu.


2.Dengan abang-abang kau dengan kakak-kakak kau nak cemburu juga.
Tak salah cemburu jika kau rasakan ianya sesuai dengan waktu.Tapi bila kau tengok abang kau anak yang sulung dapat barang baru.Tapi bila kau ingin sesuatu benda mak bapak akan cakap gunalah barang abang kau tu dulu.Kau mesti cemburu kat abang kau sebab dia mesti dapat benda baru.Kau pula ambik barang-barang 2nd abang kau.Tak pernah ka kau terfikir mak bapak kau dah betahun-tahun bela kau dari kecil sampai besar.Pernah tak mak bapak suruh kongsi spenda dengan abang kau.Bukan semua harus membazir lah.Fikirkan yang itu.


3.Dengan makwe/awek/suami/isteri.
Bila makwe kau jauh.Kepercayaan kepada makwe kau akan berkurangan.Tambah-tambah pula bila tiada jawapan bila kau menelefon.Apa yang kena buat semasa tu.Kau tinggalkan nota macam SMS ka Email ka Chatting ka takpun guna kaedah aku Berwebcam.Kau tunjukkan kasih sayang.Kau bagi ayat kaw-kaw kat dia.Biar dia rasa bersalah untuk berlaku curang.Tingkatkan hubungan kau.Hari-hari kau telefon hari-hari kau SMS makwe kau.Ala rokok sekotak boleh beli.Kalau SMS satu hari suntuk pun bukan sampai sama harga dengan sekotak rokok pun.


Kajian yang dibuat selama 30 minit oleh aku cemburu mendatangkan kesan-kesan seperti berikut.
  • Antara-antara kesan nya ialah.Muka kau akan nampak hodoh kerana bila jiwa kau cemburu.Secara tidak langsung ekspresi muka kau nampak hodoh bangat.
  • Suami cepat mati dari isteri.Jika isteri kuat cemburu.Begitu juga sebaliknya.
  • Sesuatu hubungan akan menjadi retak menanti belah.
  • Orang akan mula jauhkan diri kau.Kerana bila cemburu kau akan mengata tanpa memikirkan perasaan org yang dicemburui.
Jangan banyak cemburu kepada orang lain.Cemburu kepada diri sendiri.Kenapa kau tak sehebat mereka.





Aku memerlukan soalan-soalan dari pembaca.Nampak tak CARUTAN dibawah.Tanya apa saja disitu.

inilah cinta




  • aku suka sangat video clip ni.
  • aku suka sebab dia nampak comel
  • awek yang dalam video clip ni pulak nampak memang melayu habes meter
  • akim bercakap sorang-sorang dengan teddy bear.memang aku suka.
  • akim beli bunga.
  • Video ini nampak sungguh warna-warni macam citrawarna juga.
  • Macam kisah aku nak melamar awek.haha.

baru cuba belajar berkomunikasi

Jika aku dikatakan kurang bijak berkomunikasi sememangnya ia.Aku tak pandai berkomunikasi secara bertentangan muka.Tanya lah Cinta Hati masa aku melamar dia.Cara berkomunikasi aku ketika itu tidak seperti apa yang kau baca dalam entry aku sebelum ini.Menulis dan Bercakap dua perkara yang berbeza.Maksudnya,jika aku menulis tentang begitu dan begini.Tak semestinya aku akan bercakap begitu dan begini juga.

  • Cara berkomunikasi dengan awekPerkara yang kau rasa paling penting ketika berada dihadapan awek mesti la control macho.Kemudian bila awek kau datang dengan senyuman manis.Mesti kau membalas senyum dengan melemparkan kata-kata yang manis.Misalnya,"hi,comel hari nie""Hi,awak jom saya belanja makan".Ini boleh merapatkan silaturrahim diantara kau berdua.Jangan bertanyakan soalan yang boleh mendatangkan kemarahan bersama.contohnya dari hujung sana hingga tempat kau parkir kenderaan kau nampak awek kau sedang berSMS.Jangan kau tanya "Hi sibuk nampak?"ataupun "Hi SMS dengan pakwe baru ka".


  • Ok.Jika kau lelaki yang baru nak kenal cinta atau ingin kan perempuan idaman kau menjadi awek kau.Mesti nampak gentleman.Gentleman tak kisah la sebab dah sah-sah boleh melafazkan kata-kata saya suka awak.Jika kau yang jenis macam aku.Kau harus hasilkan satu trick yang macam bagus saja kan.Kau katakan kepada gadis idaman kau tu dalam nada yang tergagap.Kerana nada tergagap menampakkan kau lebih comel dan tak biasa meguratlah kononya.Selalunya aku akan buat trick "Err awak dah ada boyfriend belum?jika belum kau buatlah nada tergagap atau nada yang lembut kau katakan "Boleh saya jadi boyfriend awak?ataupun "Mungkin kita jodoh kot".Tapi jangan kau buat trick yang boleh membuatkan gadis tu menyampah dan tertanya-tanya.Misalnya,"Err..hmm nak tanya sesuatu boleh?errr..tak apa la,tak jadi cakap la..Trick ini boleh mendatangkan kemarahan!

  • Dengan sesiapa pun kau berkomunikasi kau harus tampilkan sikap rasional,respek dan respon kau.Jangan bila orang bertanya kepada kau.Kau hanya mengeleng dan menganguk kepala sahaja.Itu bukan cara berkomunikasi.

TIADA IDEA BERLEBIHAN.SORRY

persekitaran

Entry aku yang belum mencapai tahap ijazah



Aku ketiduran semasa sedang berChatting dilaman sembang.Aku tersedar dari tidur bila aku terasa persekitaran yang sangat panas.Panas lah sebab dekat Amsterdam sana pun tengah menghadapi musim panas.Bunga-bunga tulips pun mulai layu.Sekarang ini pula Kuala Lumpur masih belum punyai salji.Kalau lah Kuala Lumpur ada salji aku jamin persekitaran tidak akan panas seperti sekarang.Kerana tak ada lah orang kaya-kaya nak pasang AirConditiner yang mengandungi unsur-unsur gas R12.Ini ciptaan Tuhan.Ada panas ada sejuk,ada gelap ada cerah.Kita sebagai Makluk ciptaan nya harus lah menerima setiap pemberian yang tidak terhingga.


Tetapi jika Di Malaysia panas kenapa masih ramai masyarakat kita melakukan pembakaran secara terbuka.Kenapa kau hisap rokok kalau panas?


Hari itu aku duduk-duduk dengan Cinta Hati dekat tasek Melati.Aku suka sangat persekitaran disana.Ramai orang datang memancing lah,bercinta lah.Kadang-kadang mat rempit pun perlukan tasek dan taman-taman bunga.Sebab bila kau bawa moto ditengah hari,mesti mata kau akan jadi kelam atau dalam bahasa yang sering aku katakan Mata aku binau.


Aku suka persekitaran yang macam ada burung-burung,taman permainan,kerusi-kerusi unik yang nak dibuat tempat duduk.Mesti taman rekreasi banyak benda-benda macam itu.Tapi masalahnya aku tak suka taman rekreasi disekitar bandar yang aku tinggal.Ini disebabkan ramai gadis-gadis,hero-hero hindustan beromen.Ini menyusahkan aku.Sebab nanti bila aku duduk dengan gadis-gadis.Duduk dengan Cinta Hati aku pula dikatakan pelaku benda-benda berahi macam itu.Nak romen ka nak apa ka pergi la tempat lain.Mamposlah macam tu.Aku nak duduk depan kau pun aku segan kalau kau beromen tak kan lah aku nak tengok apa yang kau buat.Nanti aku cemburu macam mana?haha


Sememangnya Kedah Maju 2010.Oleh sebab itu,banyak lah hutan-hutan batu dibina.Dan hutan-hutan pokok ditebang.Persekitaran pula terabai dan mulai pemanasan global.Mula lah aku nak ketiduran dengan hanya memakai seluar dalam RENOMA.haha.Oh sedikit lucah.


Bila hutan-hutan pokok ditebang,Taman-taman rekreasi dibina.Sungguhpun dibina ini mungkin memakan masa yang agak lama untuk menjadikan tempat asal yang dahulunya dingin.Suasana yang permai burung-burung terbang.Orang bermain wau dalam sawah.Kenapa tempat-tempat seperti menjadi pilihan untuk melakukan pembinaan.Tak ada faktor geografi yang lain kah?


Sekarang aku pasti,jangan dibuang perasaan cintakan taman.Kerana adanya taman ada juga bunga.Disitu juga munculnya kumbang.Orang bercinta memang memerlukan persekitaran yang ada bunga-bunga.Orang bercinta mesti nak memberi bunga bukan?Ini sebab,orang yang memberi bunga kepada cinta mereka menampakkan cinta mereka lebih asli dan menyebabkan kekasih yang tidak suka pada persekitaran akan mula mencintai persekitaran yang amat indah milik Tuhan ini.Kumbang pula asyik nak merayap diseluruh taman.Mencari tapak yang sesuai melabuhkan sayapnya.


Jadi apa yang aku harapkan sekarang wujudkan banyak lagi persekitaran-persekitaran yang indah permai.Jika banyak hutan-hutan pokok ditebang dan hutan-hutan batu dibina.Kau fikir orang akan nampak lebih keras atau kau fikir orang akan nampak lebih asli jika perkara itu dilakukan.Dan cuba kau fikirkan bila banyak taman diadakan lebih ramai manusia mula bercinta kan?Kerana taman dapat menyemai kasih sayang.Contohnya kau pernah tonton iklan,drama ataupun filem yang ada budak-budak bermain ditaman mesti ibu bapa memerhatikan mereka dengan gelak tawa sambil berpelukan,berpimpin tangan.Bahagia sangat kot kalau aku ada taman sendiri.


Taman untuk berkasih dan Persekitaran yang bersih untuk kita sesama Makluk ciptaanNya.

Ahad, 16 Mei 2010

Hari Ini 17-05-2010

aku sangat tak larat hari ini.tapi keinginan menulis blog pada hari ni membuak-buak.Ini mungkin kerana selepas begitu yakin keluar awal satu jam dari dewan peperiksaan ataupun keyakinan aku menjawab soalan.Alhamdulillah.Syukur kepada Allah.


1.Hari ini aku nak duduk dirumah.Aku hari-hari ditinggalkan keseorangan nasib lah aku ni lelaki kalau aku ni perempuan.Mau bosan jugak.Lelaki bila dirumah lebih banyak menghabiskan masa dengan menidurkan diri sendiri ataupun bermain video game yang dah aku rasa sangat bosan ketika ini.


2.Teknologi Bahan II Kod program J4122 aku rasakan sangat mudah dari apa yang aku jangkakan sebelum menjawab.Ini berbaloi kerana semalaman mata aku tidak tertutup kerana mengadap set-set soalan semester yang lepas-lepas.


3.Hari ini Cinta Hati tidak sedap hati.Mungkin ada sesuatu yang berlaku diantara dia dan rakan sekelasnya.


4.Semalam aku kena hujan ketika menunggang Cup Prix aku ke sebuah rumah sewa rakan.Yang terletak berdekatan dengan POLIMAS.Sebab aku tidur dirumah sewa rakan kerana bila aku study secara single atau perseorangan aku mudah lelapkan mata senangkan hati walaupun ada exam.Bila dirumah sewa rakan-rakan aku dapat rasakan aura peperiksaan sememangnya mencabar otak dan minda aku untuk terus berfikir dan menghafal.


5.Diketika ini aku nak sangat berterima kasih kepada Emak,rakan,dan yang lain-lain kerana berdoa ketika aku sedang bertarung melawan Soalan 1,3,4 dan 5.


Aku suka cara pemikiran Cinta Hati.Tidak terlalu keperempuanan atau control ayu.Cakap pendapat sebenar.Bukan menjaga hati dan menyakitkan hati dimasa akan datang.Senang untuk berbincang.Sikap melayunya yang terserlah.Aku rasakan hanya 2 atau 3% sahaja perkara yang sama jika dibandingkan dengan awek lama aku dulu.Sikap serta pemikiran Cinta Hati aku jelas berbeza dengan apa yang pernah aku tempuhi selama ini.Aku sukakan awek yang gila-gila.Jelas Cinta Hati sememangnya dicari-cari.


Berikan aku ruang untuk tidur.Assalamualaikum

keterujaan

kerterujaan.sekarang banyak sangat keterujaan aku membuat sesuatu benda.

1.teruja terhadap ulang kaji kerana disini aku akan mendapat ilmu yang serta menguatkan daya ingatan aku terhadap pengajian selama satu semester.Selain itu,aku juga akan memperolehi keputusan yang cemerlang jika sifat teruja aku sebegini.

2.teruja terhadap facebook.kalau tak buka buku yang ada helai kertas.mesti aku akan teruja membuka buka yang mempunyai muka biru-biru serta notification yang belambak-lambak bila ditinggalkan lama.serta merta juga teruja melihat blog-blog dari rakan-rakan sekalian.


3.teruja melihat si cilik AMANI di setiap sudut.ini juga boleh mendatang keterujaan membuat anak sendiri.haha.


4.setiap manusia yang mempunyai akal yang waras serta bernafsu wajib ada keterujaan terhadap pasangan hidup.aku juga sangat inginkan begitu tambahan pula dengan Si Cinta Hati


5.Teruja dan sangat inginkan bermain bola dalam padang atau bola gelanggang.


Janganlah ikutkan sangat keterujaan kau.Ini sebab mengikut survey yang aku jalankan secara halus serta mulus dari beberapa orang.Mendapati keterujaan kepada setiap benda mesti ada tahap bagi menghidupkan rasa ketakutan jika berlaku sesuatu semasa datangnya masa-masa teruja ini.Contohnya aku teruja study dan spot soalan.tetapi aku mesti takut jika soalan-soalan yang aku spot tak naik so aku kena banyakkan membaca.Tambahan pula,sekarang ini teruja terhadap facebook menjadi-jadi kerana ingin memilih calon kepada rakan-rakan tetapi jangan dilihatkan sangat kerana mendatangkan teruja yang sangat hebat dan membuatkan kau tidak berganjak dihadapan laptop.

sudahlah merepek saja.

Rabu, 12 Mei 2010

perasaan hati

Entry yang mungkin boleh membuatkan hati kembali relaks

Tak sedap hati,Gelisah,Bercelaru.

Ok sekarang aku tengah tidak sedap hati.Aku tak pernah makan hati ayam.Mungkin tak sedap hati ayam.Tapi aku sekarang hati aku plak yang tak sedap.Sekarang aku memang tak sedap hati.Rasa macam something akan berlaku.Tapi minta simpang 44 malaikat.Aku tak nak sesuatu terjadi dalam masa sekarang.Serius aku tak leh terima kalau-kalau terjadi apa-apa.Sebab aku sekarang nak final exam.

Ok lah.

1.Mungkin perasaan aku yang terlampau sayang pada semua orang buatkan aku rasa tak sedap hati.Ini kerana takut akan kasih sayang yang aku bagi pada semua orang dibalas dengan balasan yang berbeza.

2.Perkara utama dalam membuatkan hati seseorang itu tidak sedap bagi aku mesti ada Faktornya. Faktornya yang pertama ialah kau perlu tahu yang perkara-perkara negatif yang sedang melingkari disekitar tubuh badan kau.Contohnya kau nak tackle gadis melayu yang kau nak tapi tak berbuat apa-apa.Sedangkan orang lain mencuba tackle gadis melayu itu.


3.Disekitar hujung tahun 2008 dulu,aku pernah rasa sebegini.Memang ada sesuatu terjadi kepada aku.Aku takut benda-benda macam ni jadi lagi.Kalaulah terjadi,Aku harap Tuhan kuatkan iman aku.


4.Kemungkinan tak sedap hati aku ini ada hikmah untuk aku sebagai seorang yang Tabah,Hensem,Cool, untuk berdoa kepada yang SATU.


5.Faktor yang seterusnya untuk mengenalpasti masalah tak sedap hati.Kau janganlah sesekali menipu seseorang yang kau sayang.Kerana keadilan akan timbul bila kau pernah menipu.


6.Banyak faktor yang sukar diagak ketika keadaan kau macam aku sekarang.Masih belum faham kenapa penulisan boleh menghilangkan stress dan menimbulkan Idea yang boleh menghilangkan rasa tak sedap hati.


7.Tapi kenapa masih lagi berlegar-legar rasa tak sedap hati ni.


8.Keadaan akan berubah jika kau berfikiran positive dan kecenderungan kau berfikir yang baik-baik kepada seseorang yang meyayangi diri kau.


9.Sesuatu yang aku rasa ketika tak sedap hati ialah aku tak dapat tidur dan memikirkan masalah percintaan.

10.Semuanya terpulang kepada diri sendiri berfikir secara rasional.Ini menunjukkan betapa positive dan penyabarnya diri kau.


11.Langsung tak paham ayat apa yang aku tulis.Sebab tak sedap hati masih aku rasakan.HAHA


DOAKAN MOGA-MOGA TIADA APA TERJADI KEPADA AKU DAN INSAN-INSAN YANG AKU SAYANG

Ahad, 9 Mei 2010

keghairahan lelaki

Dalam masa sehari dua ni selalunya aku kena ulang kaji.Sebab final exam dah dekat.Tapi disebabkan pengaruh internet sangat kuat ketika aku ingin nak ulang kaji.


1.Aku tak tahu kenapa ada lelaki yang sangup tarik kemaluan masuk ke dalam dubur sendiri.Bagi aku sebagai lelaki kau harus terima segala pemberian yang diberikan oleh tuhan.Kenapa kau sendiri yang menjahanamkan nikmat yang diberi percuma.


2.Aku cuba memberi pendapat tentang bagaimana untuk menangani lelaki sundal,gay,pondan dan sebagainya dengan bahasa yang agak kasar.


3.Dari segi kata yang logik.Seorang gay memerlukan kekuatan taktikal yang sesuai untuk menjerat kemudian mengheret lelaki atau anak ikan bagi memuaskan nafsu sedangkan Pondan perlu bersolek menjadi wanita tulin sebelum meminta lelaki untuk memuaskan nafsu "perempuannya"


4.Cerita ini memang banyak kali bermain-main dibenak aku sebab aku selalu berbicara dengan Cinta Hati mengenai keperihalan lelaki sundal atau pondan ni.

5.Bagi lelaki sejati.Jangan sesekali kau menegur lelaki sundal yang mempunyai sifat nyah nak mampos.Contohnya jangan sesekali kau berkata Hai kepada lelaki Sundal kerana dia menghasilkan satu daya ingin mencuba bermain dengan Lelaki sundal selepas lelaki sundal membalas ungkapan pertama dari lelaki sejati.


6.Kadang-kadang pondan juga menyerupai sifat lelaki sejati yang sebenar dengan kata-kata berbaur ugutan dan rasuah ini kerana teknik ini adalah teknik yang berkesan bagi mereka.Contohnya kata-kata bernada "Hai abg hensem,Nak try main boleh tak,Kalau nak I bagi you kemewahan yang you nak.Tapi you mesti turut kata sahaja" .Sesetengah lelaki sejati yang bodoh memang mudah dipermain oleh Pondan Sial.


7.Aku geli pada rupa paras lelaki pondan.Muka berbedak,bulu dada yang tak trim.Nak pakai bra pun kena ambil saiz yang paling besar kerana bidang dada yang besar macam gajah.


8.Jangan pernah melakukan perbuatan keji ini.Ini kerana Nabi tidak akan mengaku Umatnya jika Kau bermain sesama lelaki.


p/s:baru lepas dating tapi rindu

Sabtu, 8 Mei 2010

perasaan yang cenderung kearah Cinta

Entry yang mungkin meragut hati untuk berkata-kata dengan seiklas yang mungkin

Awak ubah sifat saya

Awak ubah peribadi saya

Awak mengubah Kehidupan saya

Awak penting buat saya

Awak tak mungkin dapat lukakan kehenseman saya.huhu

Awak tetap dihati saya

Awak sangat rapat dengan saya

Awak selalu dengan saya

Awak nyawa saya

Awak hebat

Awak keselesaan saya

Awak tak boleh jadi orang lain dalam hidup saya

Saya berjanji menjaga awak selagi saya masih bernyawa.

ini kata-kata aku buat si Cinta Hati

orang-orang yang hebat


orang paling hebat

mesti mak aku marah kalau dia tau disini ada gambar dia..heeee..bukan nak memalukan dia.tapi ingin tonjolkan kasih sayang aku disini.aku sangat sayang mak aku..mak aku sangat pandai memasak.[ayat budak-budak].whatever yang penting mak aku sangat-sangat baik.i love you so much mak.adik sayang mak sangat-sangat~

macam entry perempuan pulak aku post gambar mak aku and bercerita pasal dia.
tapi tak kesah sebab esok dah hari ibu.
tahun ni mak dapat motor.aku nak bagi motor la kat dia.haha.hebat la sangat nak bagi motor


menabung

mak aku cakap "awak kena cari satu tabung yang boleh menampakkan duit ini untuk awak dapatkan getaran"nampak tak ayat mak aku ni macam idola aku tak.

Alright

  • aku ada tabung.menabung memang best.satu daripada sepuluh sebabnya ialah aku dapat ambik duit tu buat sebagai duit tambang tol.haha
  • sebagai seorang yang bergaya dan bercita-cita tinggi untuk berkahwin dengan seorang yang hebat aku diwajibkan menabung.
  • faedah kau menabung sangat-sangat banyak.
  • pernah kau tengok iklan menabung.budak-budak selalunya dijadikan ikon untuk menabung.
  • bila kau dah mula menabung tak salah kalau kau ada cita-cita untuk beli barangan yang mahal.cthnya baju,kasut,jeans.ataupun kau boleh menyimpan duit didalam tabung untuk buat amal jariah.seperti pagi-pagi raya akan ada beratus-ratus kumpulan kanak-kanak akan datang kerumah then tak nak makan lalu cakap nak duit saja.itu juga boleh dikira sebagai amal jariah menggunakan tabung adik beradik atau tabung kau sendiri.

ada la lagi sebab musababnya tapi aku malas fikir ayat banyak-banyak sebab banyak hari tak menatap muka cinta hati aku.baik aku simpan ayat untuk mengayat cinta hati aku




ini tabung yang aku selalu appreciate dan buat aku bangga dengan kawan-kawan




tabung uji juga boleh menyimpan duit.duit syiling 5sen sahaja untuk bayar duit karan





50% diskaun

setiap kerja aku haruslah dimulakan dengan penghargaan kepada diri sendiri.
aku ingin ingatkan kepada semua.jika kau ada perkara yang hendak dilakukan wajib kau letakkan perhargaan diri kau dahulu.ok.sudahlah untuk aku bersastera.usya tajuk 50% diskaun.aku nak diskaunkan diri aku hanya bagi kerja-kerja yang beramal pada cuti yang akan datang.

1.kepada sesiapa yang memerlukan part time yang hensem,bergaya,terror,lawak dan lain-lain boleh lah bagi tahu aku awal-awal macam ni takot diskaun aku ni melepas.


2.jangan suruh aku buat kerja yang tak masuk akal.


3.aku akan buat kerja jika berbayar sahaja.dunia sekarang semua orang gila.gila akan kepada "DUIT"


4.tajuk ini juga sesuai bagi sesiapa yang nak beli sandal nike santiam.


5.kepada perokok jangan hisap rokok separuh-separuh kerana ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri kau sendiri bongok!


6.lagi 50% proposal aku nak siap.


7.dah setengah hari aku tak mandi.sekarang aku dengan hormatnya aku nak mandi.


8.dah sekerat hati aku bersastera.


9.tahap keupayaan aku menjadi seorang yang penyabar adalah 150% lebih banyak dari kau-kau yang tak sabar diatas jalan raya.aku tak suka hon kau semua tapi jangan sampai aku tergila-gila nak hon kan kau.


10.topup semalam dah tinggal 50%.tapi belum puas menelefon dia.




p/s:gambar lampiran masih belum diletakkan akibat kebalor liatan diri.haha[ayat cam sial]

masalah dan penyelesaian

aku dapat tulis entry lagi.ini memandangkan idea yang kadang kala mencurah-curah datang kepada aku.bagi aku sekecil-kecil masalah sehingga kebesar-besaran masalah ataupun dari makna kata yang lain ialah dari mudah ke ekstrim harus ada sistem,cara,dan sebagainya untuk menyelesaikan masalah.

ok.disini ada beberapa permasalahan yang timbul.


1.kaki aku kecik.so permasalahan yg timbul aku susah beli kasut.


2.badan aku gemok.makanya aku tak sesuai pakai tight.nanti nampak muscle yg cekang ditengah2

3.bila aku rasa berjauhan aku ada masalah untuk melepaskan kerinduan.


4.masalah aku yang paling berat sekarang.Aku hensem tapi adakah aku akan dapat seseorang yang lelaki selalu kata macam ni "perghh awek dia cun sial,mantap argh,couple tu nampak
comel,hensem balak dia sesuai dengan gadis tu"
itu yang menjadi masalah kepada aku.

SEKARANG UNTUK PENYELESAIAN.

doremon tak apa lah senang-senang bawa keluarkan alat dia untuk soft problem kan.

manusia macam aku ni mana lah nak ada ilmu hitam nak selesaikan masalah senang-senang.

untuk itu.jika kau dan kau-kau ada masalah.Kau-kau just relex sahaja.cool.jangan cepat putus asa.Kau jangan melampau-lampau fikirkan masalah itu.
Jika kau dalam masalah.Kau harus ingat balik ilmu cikgu Seni ajarkan masa sekolah rendah.ini adalah untuk kau keluar dari masalah memerlukan idea atau pemikiran yang waras dan kreatif.




p/s:hajat aku hanya utk selesaikan proposal aku.thats all

Jumaat, 7 Mei 2010

gaya gelagat penampilan atau perkara yang berkaitan

Gaya boleh aku klasifikasikan satu perkara yang amat dititik beratkan oleh setiap manusia kecuali manusia yang selebet yang tidak mempunyai perasaan untuk bergaya.cthnya seorang yang hensem tetapi hanya memakai seluar dalam apabila berjalan.Ini dinamakan sebagai seorang yang langsung tidak memikirkan gaya.OK.

Gaya ini adalah satu skop yang amat besar.Aku ada pelbagai gaya.

  • .gaya gelak.gaya berjalan.gaya bernyanyi.gaya bermain-main.gaya bercinta
  • isu gaya ini dapat dilihat dalam pelbagai majalah atau artikel2 yang sewaktu dengannya.
Sekarang aku masih kurang faham kenapa gaya perlu ada dalam hidup aku.
Dan apabila seseorang itu memandang aku keatas dan kebawah aku rasakan aura seseorang itu hanya ada pada gaya tersendiri.