Isnin, 18 Oktober 2010

ABAH

Benda yang aku perasan ialah, seorang abah akan cuba untuk meluangkan masa dengan anaknya. Terutamanya anak lelaki. Terutamanya yang jarang dijumpai macam aku. Masa kecik mungkin bolehlah main bola sama-sama, main badminton sama-sama, buat senapang kayu sama-sama lepas tu tembak jiran-jiran tengah menyembang depan rumah.

Sekarang dah besar takkan nak buat benda yang sama jugak. Konfirm abah aku bagi penyepak satu kali.

Jadi seorang anak ini yang masih muda ini akan berjiwa memberontak. Pada masa ini dia rasa rakan-rakannya dan internet lebih dari keluarga, kehadiran blog dan deretan status untuk dikutuk di facebook yang membencikan itu menjadi penyebab hubungan kekeluargaan antara seorang bapak dan anak itu berkurangan. Bapak tengok tv sorang-sorang, anak duduk bilik sorang-sorang. Tak baguslah kan?(tapi bapak tengok hindustan anak nak tengok bola)

Jadi aku perasan seorang bapak akan sehabis baik menggunakan masa yang ada. Benda yang mudah-mudah menjadi sukar. Contohnya tentang televisyen. Contoh ja.

Seorang bapak akan tanya pasal televisyen tu, sama ada televisyen itu boleh dibuka atau tidak, cerita apa dekat tv, astro sekarang bodoh, plasma TV sebenarnya tak bagus.Bola malam ini ada LIVE tak.Macam-macam lah.

Kau kena faham, yang dia cuma ingin meluangkan masa, mungkin kau rasa "apa soalan ni?". Tapi percaya lah yang dia cuma ingin meluangkan masa. Sebab dah tau nak tanya apa. Cuma ingin komunikasi.

Pergi mamposlah hari ini hari raya ka, deepavali ka, thaipusam ka, krismas ka, good friday ka,

Aku cuma ingin minta maaf kat bapak aku kerana kurang meluangkan masa berkualiti. Senang-senang nanti kita lawan futsal.Snooker pun boleh sebab abah dulu-dulu kan juara.Piala abah masih ada dalam kotak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan