Rabu, 22 Jun 2011

E.M.O.S.I


AKU RINDU MAK DAN ABAH


masa aku sekolah dulu-dulu aku selalu duduk rumah dan akan keluar pada hujung minggu kemana-mana kawan-kawan aku ajak.Hobi aku jugak melihat orang ramai dengan cara,kelaku,trend mereka masing-masing.Sampai lah satu ketika aku pernah nampak sorang anak yang kurang ajar memarahi bapaknya dengan alasan tak mahu balik mengulang kaji pelajaran.

Aku sayang Abah.

Aku pernah bergaduh dengan dia..Tapi aku tak ada abah yang lain selain dia.Aku bersyukur walaupun aku dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan.

Aku sangat rindukan mak dan abah.
Aku teringin nak dapat seorang Abah yang sesungguhnya mengambil berat dan perhatian kepada setiap orang anaknya.

Adik sayang Mak Abah.
Aku tak pernah malu mengaku aku anak manja dan aku yang paling banyak bercerita dekat mak aku.
Termasuk pasal peribadi.mak aku tahu semuanya pasal aku.

Dulu-dulu aku teringat masa dalam darjah 2 atau 3 abah selalu beli kat aku coklat setiap kali pagi hari Jumaat abah keluar beli newspaper kat mamak jual tepi bus stop.

Anakmu mengharapkan perubahan darimu

Ahad, 27 Mac 2011

Antara dua jalan

Pasti tiba masa dan ketika untuk aku meneruskan sebuah kehidupan yang memerlukan pilihan hidup.Pertamanya pilihan pekerjaan dan yang kedua pilihan memanipulasi kehidupan selepas pekerjaan.

Konflik ini kau akan hadapi apabila selepas tamat pengajian, sama ada kau nak bekerja tetap ataupun kau nak sambung pengajian keperingkat yang lebih tinggi. Aku rasa dalam konflik macam ni kau perlu bijak menyusun strategi agar kau dapat hidup bukan sekadar cukup makan.

Untuk lebih senang untuk mengatasi konflik sebegini kau mesti haluan masa hadapan dengan baik dan kurang berisiko contohnya kau nak kerja kerajaan.

Jika benda yang kau suka buat ialah pakai seluar dalam terbalik, mungkin kau perlu tolak tepi kesukaan itu. Benda yang kesukaan disini ialah sesuatu yang boleh dijadikan karier. Sebagai contoh kesukaan kau ialah berbasikal, kau mahukan karier kau sebagai tukang bawa basikal profesional.

Tapi risikonya besar. Bukan?


Aku sekarang tersekat diantara dua benda iaitu mahu meneruskan pekerjaan sekarang ataupun cari pekerjaan yang bukan dalam bidang pengajian aku.

Sekarang aku technician kilang.Gaji ciput tapi kalau kerja dalam jangka masa yang lama kau akan dapat manfaat seperti mana kau kerja kerajaan contohnya kau akan dapat duit saguhati seperti mana pesara kerajaan dapat mengikut jangka masa pekerjaan yang telah kau laksanakan.Tapi biasalah kerja kilang,teknologi berkembang tapi otak tak berkembang asyik mengadap benda yang sama setiap hari.

Tidak dinafikan kerja yang aku ada sekarang macam susah nak bawa aku ketahap lebih sederhana. Tapi bukan atas dasar gaji, mahupun tanggungjawab. Aku hanya mencari pekerjaan yang lebih senang dapat duit. Contohnya aku mahu jadi pengajar.Senang dapat duit dah senang juga untuk bahagi masa dengan dunia luar.


Paling comel dihatiku.

Ahad, 13 Februari 2011

BFF BUSYBODY FUCKING FRIENDS

Perasaan dia macam meluap-luap dalam hati. kan?

Kadang-kadang kau pelik kenapa kau sabar padahal kau boleh marah ja.

Ia boleh jadi kerana bila kau hilang sabar meletupnya bukan main dasyat.

Atau mungkin kau sabar sebab bila kau marah, kau balik yang kena marah.





Budak itu kurang ajar pula. Perlu dimarah dengan menempeleng kepala budak itu atau kau sumbat kemaluan dia dengan ekzos moto Ex5 pula.

Takkan mahu senyap ja kan?





Sabtu, 12 Februari 2011

Kebosanan Perhubungan




Nanti bila kau dah lama-lama berkawan kau akan rasa satu macam.Semua tempat yang kau pergi semua rasa bosan.Asyik-asyik benda yang sama. Tengok wayang kat tempat sama, Makan kat kedai yang sama. Dari kedai yang usang sampai kedai makan yang separa mahal dan semahal-mahalnya.Semua tu kau akan rasa bosan.

Tapi disini bukan luahan hati aku. Aku cuma nak berkongsi apa kau aku dan kau rasa. Secara jujurnya aku tak pernah bosan dengan Nurul Siti Amirah. Dia gelak aku gelak dia muncung aku pun muncung, aku tak cakap dia lagi tak cakap.Tapi sikit pun aku tak pernah rasa bosan dalam percintaan ni. Kalau nak suruh pi mengadap muka dia hari-hari pun aku tak kisah.

Aku tak tau nak cakap macam mana bila aku keluar dengan Nurul Siti Amirah. Selalu merepek benda yang sama dengan dia.

Sebenarnya kau tidak boleh berkawan lama-lama sebabnya nanti kau akan rasa keterujaan nak membuat seks menjadi-jadi.



Jadi kau perlu mempercepatkan perkahwinan.

Sabtu, 29 Januari 2011

Tak marah tak sayang la kan?

Marah

bagi aku ada dua jenis marah.

Bagi yang jenis maki hamun,suka hempas barang kat dinding,suka menjerit-jerit semua tu marah yang jenis bising.Marah yang datang dari hati,dalam kata lain panas hati.Bila kau dah panas hati emosi kau terganggu dan sebab tu kau rasa apa benda yang kau buat adalah benda yang betul sebab menunjukkan cara kau marah nak bagi orang lain pun takut dengan kau.

itu marah jenis bising

Selain daripada marah jenis bising kau mesti penah marah yang jenis senyap.Tak kata apa-apa tapi bila sampai satu tahap dia akan keluarkan larva-larva yang dah berpuluh juta tahun simpan dalam hati tu keluar berasap ikut mulut ka tangan ka kaki ka.Marah yang jenis ni biasanya datang dari otak.Bila dari otak kau dapat berfikir dulu tapi tak tahu macam mana nak marah.Tapi marah yang jenis ni biasa nya dia akan senyap saja.Contohnya,bila lelaki kena tipu dengan perempuan hidup-hidup baii. Tapi kau uat-buat dekkk cool saja macam orang tak ada perasaan padahal hati kau macam nak pergi sepak kuat-kuat saja.

itu dinamakan marah jenis senyap

Marah yang jenis senyap ni biasanya selalu lelaki yang akan buat sebabnya lelaki tak banyak pakai hati banyak pakai otak.Perempuan pula marah pakai hati sebab tu marah jenis bising-bising.Sekejap pot pet pot pet bunyi trompet sekejap prangg pranng praannnggg bunyi macam ekzos enjin wira 1.8.

Lama-lama sekali aku menulis

Kau rasa aku lama tak aku tak menulis kat blog? Aku rasa lama gila.

1. Mula-mula buat blog aku rasa aku akan menulis blog dengan purata seminggu tiga atau empat entry.Fikir-fikir apa sebabnya.aku rasa aku terlalu sibuk fikirkan hal lain.Hal cari kerja,hal rumah,hal dapur,hal anak-anak,hal-hal yang aku rasa aku patut pentingkan daripada blog ni.

2. Pada masa baru create blog ni aku rasa idea aku tak kan kering sampai bila-bila. Aku rindu nak tulis pasal kisah masa study,masa tengah cuti sem,masa-masa keluar dating.

3. Bila aku tak menulis aku rasa banyak idea aku nak buat.Nak tulis benda untuk kau dan aku gelak sama-sama,nak tulis benda yang kau dan aku rasa.

4. Benda yang aku nak sampaikan disini ialah aku dah terdesak sangat nak kerja,bila aku dah mula kerja aku boleh tulis merapu-rapu kat sini.

5.Aku rasa macam nak tulis satu entry yang macam bila kau baca kau akan dapat benda yang bagi kau sesuatu yang boleh guna dalam hidup.contohnya macam aku buat satu teoru yang bodoh tapi berguna bagi kau.

6. Aku nak penulisan aku dipandang oleh masyarakat tapi aku tak mahu orang kenal siapa diri aku.

Jumaat, 31 Disember 2010

antara hajat dan keinginan



Esok dah mula dah tahun 2011 baru. Sumpah malas nak keluar sambut-sambut new year.Malas gila babi. Mungkin aku akan rajin balik bila dah ada kerja atau ada seseorang yang buat aku semangat nak kerja. Kat rumah aku ada internet yang laju, ada tv, ada dapur, dan ada bilik yang aku boleh tinggal sorang. Masuk ja bilik dan ada semua dan bilik kemas. Gila best. Sebab ni la aku malas nak keluar nak pergi cari kerja.Malas gila babi.

Tahun baru ni perlu siapkan duit meminang untuk Nurul Siti Amirah. Aku takut gila tak sempat buat. Kalau tak sempat kena extend tahun 2012.

Seperti biasa, setiap kali masuk tahun baru aku akan tulis perkara-perkara yang aku nak beli dan buat,mengikut priority :

1. Apple mac (sendiri punya)
2. Kereta Kancil/Kelisa/Myvi/Swift/BMW M3?haha
3. Berjalan di Bali bersama rakan-rakan
4. Iphone 4g
5. Berjalan di sebuah pulau bersama rakan-rakan dan nurul siti amirah.
6. Nak simpan rambut panjang macam Bae Yong Joon dalam winter sonata.



Aku harap tahun baru ni lebih mudah,dimurahkan rezeki,lebih bahagia, dan menjadi lebih hebat dalam apa sahaja yang aku buat.

Masa aku tulis entri ni kat tv2 tengah ada siaran langsung dari Dataran Merdeka.Konon-konon nak countdown la.Caihh!~~

Selasa, 14 Disember 2010

kasi kerja rare satu

Petang tadi aku setting niat nak keluar cari kerja.Aku masuk dalam Bandaraya aku nak cari kedai-kedai yang boleh buat aku bayar downpayment Toyota Vios bulan 3 tahun 2011 ni. Tapi satu pun aku tak berkenan semuanya.

Aku pusing lagi satu round kali ni aku masuk Jalan Pegawai,tip-top tip tip-top juga kedai-kedai situ tapi memandangkan cara pakaian aku yang selekeh tadi aku segan nak masuk.Nanti takut orang cakap minta kerja tapi pakai macam minta sedekah.

Ok,aku teruskan lagi perjalanan aku cari kerja,sampai satu trafic light ni aku tengok dua ekor anjing.Memang dasat anjing betul,petang-petang orang lalu lalang nak cari kerja boleh plak depa berzina.Aku tergelak kuat atas motor 3 lejang aku.HAHA bongok punya anjing.


Esok aku mau pergi hantar resume kat satu tempat ni.Harap-harap dimurahkan rezeki.

Memandangkan esok mau bangun awal so aku mau tidur.

Lepas saja aku click publish post aku akan tutup laptop.

Ni aku dah ready nak tekan ni.

Assalamualaikum.

Jumaat, 10 Disember 2010

awak penting la

Awak hot saya tak hot pun. Tapi tak mengapa semua itu akan jadi hot kalau kita bercinta,dengan harapan hotnya sampai ke syurga.

Awak tak garang dan awak tak emosi,saya garang dan emosi.Bila kita bersama awak cakap saya beruang awak.Saya cakap awak macam burung murai.

Tapi saya tak pernah jemu dengar suara awak.

Saya keras macam batu awak lembut macam span.Saya berangin macam taufan awak cool macam ombak cicit tsunami,nampak tenang dan tegas.

Kalau saya kentot dalam kereta mesti awak buka cermin untuk hilangkan bau sambil muka awak tersenyum riang ibarat kentot itu satu melodi indah.

Saya makan banyak awak makan sikit.Bila awak makan tak habis awak cakap awak akan cuba habiskan demi saya.

Awak cakap awak nak jadi isteri yang solehah saya suka sangat awak cakap macam tu.
Tapi saya tak pula cakap macam tu kat awak

Sekarang saya nak awak tahu dan semua orang mesti tahu

Saya sangat sayangkan awak
Biar la kawan-kawan saya nak cakap apa pasal kita
yang penting saya mencintai awak.